Click here to get more Islamic Greetings from MasterGreetings.com
Click here to get more Flower Greetings from MasterGreetings.com

Jumaat, 29 April 2011

7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.


Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.


Itulah petanda semasa hayatnya tidak melakukan solat 5 waktu, tidak menjaga solat 5 waktu dan lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berdua-duaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja, malah tidak menutup aurat juga perbuatan keji. 

3. Mayat yang kepala menjadi batu hitam legam.

Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibubapanya.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram seperti mencuri, merompak dan sebagainya.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuh.

Itulah mayat yang semasa hayatnya berkelahi, mengata dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air berbau busuk dari bangkai.

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka memakan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum.

Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.


Sumber: Tentatif Program, Anak Pintar Soleh.

4 ORANG LELAKI YANG DITARIK WANITA KE NERAKA

Assalamualaikum, Pedoman untuk semua  dan juga untuk diri saya sendiri.

Seseorang wanita itu apabila di yaumal akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya  kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.

1. Ayahnya.

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditolak ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya.

Apabila seseorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik ke neraka oleh isterinya.

3. Abang-abangnya.

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke tangan abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak lelakinya.

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan di pertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang dan anak harus memainkan peranan mereka. 

Firman ALLAH SWT:

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...".

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan syurga. Semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucapkan kalimah tauhid). Dengan itu, janganlah kita membuang atau tidak mengendahkan janji dan peluang yang ALLAH  SWT berikan kepada kita.


Sumber: Anak Pintar Soleh 1, Akademi Annajah.

Rabu, 27 April 2011

SELAMAT HARI LAHIR

PANJANG UMUR NYA....PANJANG UMUR NYA...PANJANG UMUR NYA....








Click here to get more Happy Birthday Greetings from MasterGreetings.com

SELAMAT HARI LAHIR

MOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI, PEROLEH KESIHATAN YANG BAIK DAN BERBAHAGIA SELALU...





Click here to get more Happy Birthday Greetings from MasterGreetings.com

Jumaat, 22 April 2011

PEDOMAN: KASIH IBU

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA


  1. Ibu yang melahirkanmu
  2. Redha ALLAH ada pada keredhaan ibu dan ayah
  3. Mengutamakan berbuat baik kepada ibu berbanding ayah
  4. Larangan berkata kasar kepada ibu dan ayah
  5. Berdosa besar mendurhakai ibu dan ayah

ANAK...HARGAILAH KASIH IBU

  1. Kenang kembali pesan seorang ibu
  2. Betapa besarnya pengorbanan ibu
  3. Tapi...kau hancurkan perasaan ibu
  4. Jika kau lupa jasa seorang ibu...ketahuilah betapa sakitnya ibu melahirkanmu
  5. Bila kau dewasa jangan sesekali menderhakai ibu


KEWAJIPAN BERBUAT BAIK KEPADA IBU:


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah pula".
(Surah Al-Ahqaf:ayat 15)

Sumber: Melahir anak pintar soleh

Khamis, 21 April 2011

RENUNGAN


RENUNGAN


PEDOMAN: MAKANAN HALAL BERI KESAN ROHANI DAN JASMANI

Sabda Rasulullah SAW: "Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap umat Islam." (Riwayat Ibnu Abdil-Barr).  Umat Islam bukan sahaja perlu mencari rezeki daripada sumber dan pekerjaan yang dibenarkan dalam Islam, malah kita perlu mengambil berat makanan dan minuman yang diambil itu tidak jatuh di dalam hukum haram.

Ini kerana ALLAH SWT menghalalkan sesuatu kerana ia baik untuk manusia dan sebaliknya diharamkan sesuatu kerana ia memudaratkan manusia. Halal sesuatu makanan dan minuman itu bergantung kepada sumber dan bahan mentah yang digunakannya.

Makanan dan minuman yang halal bukan sekadar menjaga kesihatan fizikal dan jasmani, sebaliknya paling penting dapat menjaga rohani dan jasmani.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ada seorang yang kusut masai, berdebu dan sentiasa dalam musafir. Namun keadaan makanannya haram, pakaiannya haram. Lalu dia mengangkat tangannya sambil berdoa: "Ya Tuhanku, ya Tuhanku". Maka bagaimana orang yang sedemikian itu akan dapat dimakbulkan doanya." (Riwayat Muslim).

Jelas menerusi hadis ini, makanan yang berpunca daripada sumber yang haram turut memberi kesan kepada 'kedudukannya' di sisi Allah SWT.

Ia menjauhkan seseorang itu daripada keredaan ALLAH SWT dan menjadi tanda bahawasanya dijauhkan mereka (pemakan harta haram) daripada rahmat dan nikmat ALLAH SWT.

ALLAH SWT berfirman: "Dan siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu para Nabi, Siddiqin dan para Syuhada serta para Solihin. Dan amat eloklah mereka  itu menjadi teman rakan (kepada yang taat)." (Surah An-Nisaa, ayat 69).

Oleh itu, setiap makanan, minuman atau produk hendaklah dipastikan bukan daripada sumber yang haram seperti penipuan, rasuah, mencuri dan lain-lain.

Firman ALLAH SWT: "Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang lagi nyata bagi kamu." (Surah Al-Baqarah, ayat:168).

Islam adalah agama yang sangat menjaga keselamatan, kesihatan dan kehidupan umatnya melalui penjagaan makanan, minuman dan produk halal.

Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik, sihat jasmani dan rohani serta mendapat keberkatan dalam hidup.

Sumber: Harian Metro (Jumaat)

Rabu, 20 April 2011

DOA KASIH SAYANG (PELEMBUT HATI SUAMI/ISTERI/ANAK)


"Taha (Hai Manusia), tiada kami turunkan Al-Quran supaya engkau mendapat celaka melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Wahyu yang diutuskan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas singgahsana."
(Surah Taha: ayat 1-5)

"Allah itu lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya, diberikan-Nya rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, Dan dia Maha Gagah lagi Maha Berkuasa."
(Surah Al-Syura : ayat 19)

Sumber: Himpunan Doa-doa

KITTY DALAM KENANGAN

Kucing pertama yang aku bela. Aku yang bagi nama KITTY. Kitty ni betina, ada kacukan sikit la. Asalnya Kitty ni kawan anak aku yang sulong tu bagi. Kawan anak aku kata sayang nak buang so, dia bagi kat anak aku. Pada mulanya aku memang tak minat kucing ni sebab anak aku no. 3 ada asma.  Tak apa la..berat2 hati pun aku cuba la bela si Kitty ni. 

Asalnya kecil jer  si Kitty ni dulu dan hampir setahun lebih gak aku bela, Kitty ni tak pandai makan nasi dan ikan..Aku belikan makanan khas untuk dia. Tapi faham-faham jer la mana tahan 1 minggu RM10 untuk makanan dia jer. Hubby aku kata tukar la bagi jer makan nasi dan ada ikan2 lebih tu tumbuk gaulkan pada nasi. Janggal gak la dia...tapi lama2 dah tak ada pilihan dia makan gak sampai la habis hayatnya.

Dalam 2 minggu Kitty ada, aku letak dia dalam rumah. Banyak kali gak la dia buat hal...sampai terkucil2 kat katil anak aku...Tak apa sabar..ada hikmahnya bela binatang terutama kucing ni. Lepas 2 minggu aku letak kat belakang rumah. Punya la setianya si Kitty ni...

Sejak aku bela Kitty, ada pula kucing bunting dan beranak kat belakang rumah aku. Serasi gaknya la. Sejak dari itu kucing aku bertambah.

Antara banyak-banyak kucing yang aku ada Kitty ni paling aktif dan pantas. Pandai tangkap katak dan tikus.

Tarikh: 08/04/2011 
Kitty masa ni sihat jer. Bunting dalam 2 bulan agaknya. Nii tengah rehat-rehat..baru lepas makan nasi

Tarikh: 08/04/2011
Nampak comel jer...tenang. Bila dia bunting aku perasan dia dah tak berapa aktif. 


Tarikh: 13/04/2011
Ni la hari2 terakhir aku dapat lihat dia...masa ni kitty dah mcm tak bermaya...berdengusss je. Aku panggil pun Kitty tak datang. Diam jer..aku sempat juga la usap2 badannya waktu ni..

Tarikh: 14/04/2011
Masa ni aku cari Kitty merata tempat..tak jumpa..aku fikir tentu dia pergi tempat lain..yang sedihnya kalau dia mati... Yang aku hairan Kitty tak mati kat rumah sendiri...kenapa ye? Dia tak menyusahkan tuannya pun. Tapi aku sedih sebab tak nampak  bangkainya. Sekurang-kurangnya kalau Kitty mati di rumah, aku boleh tanam dia elok2. 

Kitty ku dalam kenangan..

Selasa, 19 April 2011

GELAGAT KUCINGKU

 Assalamualaikum....hari ni entry tentang kucing lak...Namanya Brownie dan Black. BB ni adik beradik yang sangat akrab sekali..jarang bergaduh, selalu tidur bersama dan makan sudah tentu la...

  BB ni tinggal dengan emak di kampung. Sangat manja dan suka bergesel2kan badan pada kaki orang. Dah hampir sebulan lebih gak tak jenguk Emak dan Ayah di kampung apatah lagi si BB ni. Insya Allah, tengok dalam minggu ni...kalau aku balik kampung jenguk orang tua aku, aku akan snap gambar BB yang terbaru. Tunggu yer...badan BB ni dah macam Garfield..



Fikirkanlah yer..binatang yang tidak mempunyai akal  mempunyai ciri-ciri yang baik untuk dicontohi oleh manusia.  Inikan manusia yang mempunyai akal dan fikiran...adik-beradik pun selalu berbalah, bergaduh, sakat-menyakat, buli-membuli dan sebagainya...

AMALAN PERTAHANAN RUMAH


Amalan harian yang perlu diamalkan:

Untuk pertahanan rumah dari kejahatan sihir atau pencuri dan kejahatan-kejahatan lain, hendaklah diamalkan setiap malam iaitu sesudah Magrib dan ketika hendak tidur:


Bacalah:

1. Surah Al Fatihah - 1 kali
2. Surah Al Ikhlas - 11 kali
3. Surah Al Falaq - 1 kali
4. Surah Annas - 1 kali

Setiap bacaan dihadiahkan kepada Abu Bakar Assiddiq, Ummar Ibnu Al Khatab, Usman Ibnu 'Affan.
Terakhir sekali baca lagi sekali iaitu Surah Al Fatihah 1 kali, Surah Al Qulhu 11 kali, Surah Ma'uzatain 1 kali, hadiahkan kepada Ali bin Abi Talib.

Setelah selesai bertahlil "Laa Ilaaha Illa'llah - 111 kali.

Kemudian baca "Salamun Qaulammi 'rabbi 'rrahim." - 44 kali.
(Ertinya: <Kepada mereka dikatakan>: Salaam sebagai ucapan "selamat" dari Tuhan yang maha penyayang". Surah Yassin : ayat 58.

Mudah-mudahan terjagalah rumah kita dari kejahatan manusia dan gangguan jin.

Sumber: Senjata Mukmin, ms. 61.

GELAGAT ANAKKU

Tanggal 14/04/2011.


Anakku ini dah berusia 2 1/2 tahun. Ni rawatan susulan jer nak tahu perkembangan tumbesarannya. Sebelum pergi ke klinik aku dah pesan banyak kali timbang je tau..tak cucuk pun.

Saat menunggu giliran di Klinik. Jam 8.30 pagi ambil nombor, dapat la no 44. Waktu ni no di paparkan untuk masuk bilik rawatan baru je no 3. Tak pa la...lama lagi ni, so, aku bawa lah dia pergi  sarapan. Anakku kecil macam ni pun boleh makan roti canai sekeping..perghh..boleh tahan.


Sarapan ambil masa 20 minit gak la...dah agak mesti lambat punya. Habis sarapan masuk semula ke klinik. Wah! ramainya orang yang menunggu masa ni...check2 nama pun tak dipanggil lagi untuk timbang.  Cari la tempat duduk...penat menunggu..kalau tak duduk boleh pengsan rasanya. Waktu ni anak aku okey lagi boleh maintain machonya, duduk kat pangkuan..hanya main2 kat kawasan tempat duduk jer. Tunggu punya tunggu......dia pun dah mula boring....


Mula buang kasut, main kat pintu.
Main lock pintu..tekan, pusing....Nurse pun dah tak terkata apa...main la...jangan tersepit sudah...
Panjat kerusi la pulak...masa ni aku pun dan rasa macam letih jer...
Beralih dari satu kerusi ke satu kerusi.

Ini dekat dengan pintu...tak ada mainan jadi pintu la mainannya.

Tunggu punya tunggu, Jam 10.15 pagi baru dipanggil untuk timbang...penakut betul anakku ni, timbang pun tak nak..cepat2 aku dukung dia...nampak nurse kt sebelah lagi la dia cepat2 nak lari...tapi sempat la juga aku timbangkan dia..15.1 kg. Nak ukur tinggi lak...lagi satu hal...aku yang kena cepat2 buat..dapat tanda jer pengukur tu..tak dapat yang tepat sangat la. Lepas selesai terus jer dia lari ke tempat lain. Semua orang gelak tengok gelagatnya.

Tunggu  lagi...no dipaparkan 37...adoiii macam nak sempot aku dibuatnya. Tunggu lagi la...nak buat macam mana..

Tepat 11.00 pagi baru no aku naik....masuk bilik rawatan..tak da check apapun..cuba tanya2 jer. Disebabkan anakku ini aktif, tumbesaran sempurna, sihat dan banyak cakap..kira okey la. Alhamdulillah. Sekejap jer..dah keluar. Dah selesai aku singgah pergi beli lauk siap jer..tak sempat dah nak masak. Aku pun letih. Lepas tu balik rumah..

Dah kat rumah aku buat la kerja sikit...masak nasi dan hidangkan lauk2 yang aku beli tadi. Aku sempat la buatkan milo satu cawan kat anakku ini..sebabnya dia dah tak minum susu..so, milo la pilihannya. Aku on kan TV..Sedang aku sibuk tu....aku rasa gak macam senyap sunyi jer...rupa-rupanya.......dah zzzzzzzzzzzzzzzzzz
Sampai tertidur la....akibat keletihan

DOA KETIKA DUKACITA DAN SEDIH


"Ya ALLAH, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku di tangan-Mu, terlaksana ke atasku hukuman-Mu dan adil kehakiman-Mu, aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang engkau turunkan di dalam kitab-Ku, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau tersembunyi pada ilmu ghaib di sisi-Mu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."


Sumber : Himpunan Doa-Doa.

PEDOMAN: USAH ABAI IBU BAPA

Islam memberi amaran keras terhadap anak-anak yang gagal melaksanakan hak, menderhaka atau membiarkan ibu bapa yang sudah lanjut usia nya menjalani kehidupan sukar dan menyedihkan.

Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu-bapanya dan orang yang ketagih minuman keras."

ALLAH berfirman di dalam surah Lukman : 14, "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa 2 tahun, bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu-bapamu, dan kepada Akulah tempat kembalimu."

Oleh itu, anak-anak perlulah menghormati kedua ibu bapa dan bukannya menderhaka kepada mereka sedangkan merekalah yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.

Sumber: Harian Metro (Jumaat)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...