Click here to get more Islamic Greetings from MasterGreetings.com
Click here to get more Flower Greetings from MasterGreetings.com

Rabu, 11 Mei 2011

BERSIKAP SABAR TERHADAP ISTERI

    Ingatlah bahawa isteri itu dijadikan dari tulang rusuk kiri yang lembut. Setiap para suami mestilah melentur isterinya dengan cara lemah-lembut. Jika dikasari juga, maka patahlah ia. Bukan semua manusia itu baik perangainya, begitu juga halnya perempuan yang bergelar isteri.

  Para suami harus bersikap tenang dan sabar di dalam menghadapi karenah isterinya.  Kadang-kadang keburukan isteri itu berlaku disebabkan kelemahan yang sedikit, terlalu penat melakukan pekerjaan, kurang berpuashati terhadap suaminya dan sebagainya.

 Ketika isteri sedang marah, sebaik-baiknya suami tidak membalasnya dengan kemarahannya. Biarkanlah ia marah sehingga hatinya merasa puas kerana pada kemudiannya ia akan reda juga. Jika suami membalasnya dengan cara kekasaran, maka bertambah memuncaklah kemarahan isterinya.  Oleh itu, setiap suami harus bersabar apabila menghadapi kerenah isterinya yang memiliki serba kekurangan.

  Pada zaman dahulu ada seorang lelaki soleh memiliki seorang isteri yang buruk akhlaknya. Perangai isterinya itu selalu saja mengganggu ketenteraman hidupnya. Lelaki soleh itu selalu menasihati isterinya tetapi tidak berkesan.

Suatu hari seorang sahabat datang menasihatinya, "Ceraikan saja isterimu itu."

"Tidak, jika aku menceraikannya, nanti dia akan menggoda  suami orang lain. Dengan itu aku akan dituduh sebagai penyebab kelakuannya itu," jawab lelaki soleh itu.

"Kalau begitu, apa yang harus kamu lakukan?' tanya sahabatnya.

"Aku akan bersabar menghadapi tingkah-lakunya demi menyahut sabda Nabi s.a.w.: "Lelaki manapun yang bersabar dengan akhlak buruk isterinya, Allah akan memberikan kepadanya pahala seperti yang diberikan kapada Ayyub pada waktu menderita ujian. Begitu halnya dengan perempuan soleh yang bersabar menghadapi akhlak buruk suaminya. Allah akan memberikan kepadanya seperti apa yang diberikan-Nya kepada Asiah, isteri Fir'aun."

Sumber: Kesabaran seorang Wali.
               Rohani al-Banuti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...