Click here to get more Islamic Greetings from MasterGreetings.com
Click here to get more Flower Greetings from MasterGreetings.com

Selasa, 17 Mei 2011

SOLAT MENCEGAH PERBUATAN MUNGKAR

Islam menggalakkan umatnya melaksanakan amalan ibadat sebanyak-banyaknya dengan penuh tekun dan ikhlas. Amal ibadah yang paling baik di sisi ALLAH ialah amal yang dilakukan secara istiqamah atau berterusan walaupun ianya sedikit. ALLAH s.w.t. tidak memandang ibadah yang terlalu banyak jika dilakukan dengan tidak ikhlas, dipaksa dan tidak menurut cara dikehendaki.

Tujuan melakukan ibadat dengan penuh ketekunan ialah supaya dapat mendekatkan diri kepada ALLAH. Apabila seseorang itu mendekatkan diri kepada Tuhannya, ia akan terhindar dari segala bahaya maksiat dan kebinasaan.

Di dalam sebuah riwayat, Imam Naisabury menyebut satu kisah: "Ada seorang lelaki merayu seorang perempuan untuk melayani gelojak nafsu jahatnya. Maka perempuan tersebut melaporkan kepada suaminya. Maka suaminya berkata, "Katakanlah kepadanya! Solatlah terlebih dahulu dengan suamiku berjemaah selama 40 Subuh." Setelah 40 Subuh lelaki itu melakukan solat, maka perempuan tersebut kembali menemui lelaki itu. Ketika perempuan itu menduganya untuk menunaikan janjinya, maka lelaki itu berkata, "Aku kini sudah bertaubat kepada Allah. Maha benar ALLAH! FirmanNya adalah benar. Bahawa solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar."


Sumber: Kesabaran Seorang Wali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...