Click here to get more Islamic Greetings from MasterGreetings.com
Click here to get more Flower Greetings from MasterGreetings.com

Ahad, 12 Jun 2011

Click here to get more Awesome Greetings from MasterGreetings.com

"JADIKANLAH APA YANG DILIHAT SEBAGAI PENGAJARAN, YANG DIDENGAR SEBAGAI PENILAIAN"

" USAH BANGGA DAN SOMBONG KERANA KEJAYAAN YANG ANDA PEROLEHI KERANA IANYA BUKAN KEPUNYAAN ANDA TETAPI IANYA ADALAH MILIK ALLAH"

"BESARKANLAH APA YANG ADA, JANGAN BESARKAN APA YANG TIADA, AGAR KITA DAPAT BERSYUKUR"




Click here to get more Awesome Greetings from MasterGreetings.com
Sumber: Ummi...ceritalah lagi! (Latifah Abd. Qahhar)

Jumaat, 3 Jun 2011

DOA AWET MUDA DAN SENTIASA CERGAS




"Wahai Tuhan, aku berlindung dengan Mu daripada kelemahan dan ketuaan, dan aku berlindung dengan Mu daripada timpaan bala bencana dan daripada kecelakaan dan daripada nasib yang buruk"

ORANG FAKIR YANG REDA DAN ORANG KAYA YANG CINTAKAN HARTA

Seorang lelaki telah datang kepada Imam Jaafar Al-Siddiq dan berkata:

  "Wahai Jaafar, aku melihat tuan memakai pakaian yang mahal-mahal."

  " Kalau begitu, lihatlah pakaian dalamku ini." kata Imam Jaafar Al-Siddiq.

Lelaki itu pun meraba pakaian dalam Imam Jaafar. Dia amat terkejut mendapati pakaian yang dipakai oleh Imam Jaafar itu sangat kasar.

  "Apa maksud tuan memakai pakaian seperti ini?" tanya lelaki itu.

  "Pakaian luar (lembut dan cantik) ini adalah untuk dunia manakala pakaian dalam (keras dan kasar) ini adalah untuk keredaan Tuhanku," jawab Imam Jaafar.

Mendengar jawapan Imam Jaafar itu, tiba-tiba seorang lelaki yang lain bertanya: "Siapakah yang lebih baik di antara kedua-duanya, orang kaya yang bersyukur kepada Allah kerana kurniaan Allah kepadanya atau orang fakir yang reda?"

  "Antara kedua-duanya, orang fakir yang reda itulah yang lebih baik kerana dia sentiasa mengingati Allah. Manakala orang kaya itu sentiasa ingatkan harta bendanya," jawab Imam Jaafar Al-Siddiq.


Sumber: Kesabaran seorang wali.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...