Click here to get more Islamic Greetings from MasterGreetings.com
Click here to get more Flower Greetings from MasterGreetings.com

Jumaat, 29 April 2011

4 ORANG LELAKI YANG DITARIK WANITA KE NERAKA

Assalamualaikum, Pedoman untuk semua  dan juga untuk diri saya sendiri.

Seseorang wanita itu apabila di yaumal akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya  kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.

1. Ayahnya.

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditolak ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya.

Apabila seseorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik ke neraka oleh isterinya.

3. Abang-abangnya.

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke tangan abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak lelakinya.

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan di pertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang dan anak harus memainkan peranan mereka. 

Firman ALLAH SWT:

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...".

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan syurga. Semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucapkan kalimah tauhid). Dengan itu, janganlah kita membuang atau tidak mengendahkan janji dan peluang yang ALLAH  SWT berikan kepada kita.


Sumber: Anak Pintar Soleh 1, Akademi Annajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...